CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

music

Wednesday, September 10, 2008

keinsafan

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi khinzir hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi khinzir hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti khinzir hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti khinzir hutan yang hitam."

6 comments:

nomiey 08 said...

ambillah segala pedoman..
semoga hidup kita sentiasa diredhai..

akmal said...

bagus la ko wat cam nie teha....bagi semua yang baca dapat pedoman...selamat berpuasa....

Izzwan Salleh said...

mmg bgus..
hrp2 teha sklai bce...
bkn copy paste o taip jek k..
jgn mare..ngtkn kits sme2 umt islam jew..

tehah said...

btl la 2....
sembahyanglah anda sblm di sembahyangkan...........

wegreentheearth said...

maner post baru nie..
takder pun..
smlm ckp lain..

wegreentheearth said...

maner post baru nie..
takder pun..
smlm ckp lain..